Selamat atau Tidak? Ketahui Kandungan Produk Kosmetik #3

Siri Akhir




9. BEESWAX
Ia merupakan bahan asas untuk membentuk dinding sarang lebah. Disarankan agar memilih maskara dengan kandungan beeswax kerana ia mampu memberi kesan bulu mata lebih tebal.

10. LINOLEIC ACID
Ia bertindak menguatkan lagi kandungan alat kosmetik seperti bedak padat, bedak asas dan penyamar noda kerana fungsinya yang membantu mencegah penuaan pada kulit, ia juga berperanan sebagai anti oksidan dan bebas iritasi.

11. TITANIUM DIOXIDE
Terbukti tidak mendatangkan keradangan pada kulit, bahan ini digunakan sebagai pemutih. Ia mampu meningkatkan mutu produk krim pelindung cahaya matahari.

12. ZINC OXIDE
Sama seperti titanium dioxide, bahan ini juga berfungsi mencerahkan kulit. Komponen yang ada di dalamnya juga tidak akan mengundang ketidakselesaan pada kulit.

13. HYROQUINONE
Hyroquinone sebenarnya tidak berbahaya jika digunakan mengikut saranan doktor. Tahap selamat ini adalah 0.5 peratus hingga 2 peratus untuk satu produk tertentu. Pun begitu, sekiranya alat kosmetik mengandungi hyroquinone secara berlebihan dan kemasannya tidak bersih, ia boleh menyebabkan kulit gelap, keradangan dan kemerahan. Pemakaiannya dalam jangka masa panjang boleh membawa penyakit kanser kulit.

tamat..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat atau Tidak? Ketahui Kandungan Produk Kosmetik #2


5. DIISOSTEARYL MALATE
Ia merupakan antara bahan kimia yang terdapat dalam pengilat bibir, gincu, pembayang mata dan pemerah pipi. Hasil kajian membuktikan bahawa ia selamat pada kulit kerana formula lembut dan fungsinya yang menjaga kelembapan kulit.

6. HYPOALLERGENIC
Produk kosmetik yang tertulis hypoallergenic  beerti ia tidak akan mendatangkan alahan (bebas alahan) dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

7. FATTY ACID
Bahan ini berasaskan tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan. Ia bebas digunakan untuk kosmetik yang bersifat lembut dan padat. Jika digabungkan dengan glycerin, ia boleh dijadikan sebahagian daripada komponen pembersih wajah. Asid lemak juga selamat digunakan dan bertindak sebagai anti oksidan pada kulit.


8. GLYCERIN
 Bahan ini mewakili semua lemak semula jadi, baik daripada tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan. Glycerin biasanya akan digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti asid lemak lecithin atau petroleum yang mampu melindungi kulit daripada kering dan bersisik.

Bersambung ..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat atau Tidak? Ketahui Kandungan Produk Kosmetik #1

Pernahkah anda mengambil tahu apakah setiap kandungan dalam setiap kosmetik yang digunakan? Sejauh manakah pengetahuan anda tentang baik buruk setiap satu daripadanya? Atau, pernahkah terfikir apakah kesan kandungan produk kosmetik itu pada kulit?

Jangan buang masa .. jom, semak apakah ‘kisah’ di sebalik sebahagian kandungan produk kosmetik anda!

 
1. KOLAGEN
Kolagen merupakan bahan yang bertindak membuatkan kulit anda menjadi lebih lembut, bebas kedutan, elastik dan kenyal. Dalam erti kata lain, suplemen mahupun suntikan kolagen dapat mengembalikan tahap elastik kulit. Justeru, harus dijelaskan di sini bahawa apa jua alat kosmetik mahupun pelembab kulit untuk tujuan yang sama.

Elastik :

2. AHA (ALPHA HYDROX ACID)
Bedak wajah yang mengandungi AHA bererti ia berfungsi mencerah dan memutihkan kulit wajah. Pun begitu, kandungannya haruslah 5 peratus hingga 10 peratus sahaja kerana sekiranya lebih daripada sukatan itu, kosmetik yang digunakan boleh menyebabkan keradangan kulit.

3. SALICYLIC ACID
Lazimnya disebut sebagai Beta Hyroxy Acid atau BHA. Fungsinya hampir sama dengan AHA iaitu membuang kulit mati sekali gus mampu diserap dengan baik ke dalam kulit. Krim pelindung cahaya matahari dan krim jerawat adalah antara produk yang mengandungi bahan ini kerana ia dipercayai dapat mengurangkan pertumbuhan jerawat dan noda kulit selain bintik-bintik hitam.

4. ALKOHOL
Di dalam alat kosmetik, alkohol bertindak sebagai medium yang menghantar bahan lain pada kulit. Harus dijelaskan di sini bahawa kandungan alkohol yang berlebihan merupakan salah satu daripada penyebab tumbuhnya jerawat. Terdapat beberapa jenis alkohol yang boleh membuatkan kulit kering dan keradangan, antaranya termasuklah SD alkohol dan alkohol denat.

Bersambung..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Serlah di Hari Bahagia


Jurumekap, Dira & Suami

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Jun 2012

AsSalam petang

Agak lama tak mencoret di laman blog ni apa pun admin akan update rentetan kisah sepanjang Jun 2012 dan sebelumnya ya.. apa pun terima kasih datang di laman blog NMC Touch

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BSK : Oktober 2011

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN 
BENGKEL SOLEKAN & KETRAMPILAN 
08.10.2011
@
INSTITUT PERDAGANGAN MUNSHI

JUMLAH PESERTA : 21 ORANG


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BSK : Oktober 2011

SESI CABUTAN BERTUAH 




NO.11 : WANI






NO.9 : SITI AISYAH







NO.1 : LYNDA



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS